Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Dana RM7.8 Juta Kepada AIM Kunak

Dana RM7.8 Juta Kepada AIM Kunak

KUNAK, Amanah Ikhtiar Malaysia menyasarkan dana pinjaman RM7.8 juta kepada 1,200 Sahabat AIM yang aktif di Kunak pada tahun ini.

Penolong Pengurus AIM Wilayah Sabah selatan, Jumat Jamaludin berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM1.5 juta telah dipinjamkan kepada Sahabat AIM sehingga Mac tahun ini.

“Perletakan sasaran itu berdasarkan analisis keperluan modal Sahabat AIM di Kunak untuk mengembangkan perniagaan mereka.

“Selain mengambil kira Sahabat AIM turut berdisiplin membayar semula pinjaman sehingga mencatatkan rekod paras sifar iaitu 100 peratus bayaran semula bermula Disember tahun lepas sehingga Mac tahun ini,” katanya.

Beliau berkakta demikian kepada pemberita selesai perasmian program himpunan Sahabat AIM dan sambutan paras sifar Sahabat di sini, hari ini.

Program itu dirasmikan Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Nilwan Kabang.

Pada majlis itu, turut dirasmikan program Infak Sedekah Jariah oleh Kelab Usahawan AIM bertujuan menggalakan Sahabat AIM bersedekah kepada orang kurang berkemampuan termasuk mangsa kebakaran.

Sementara itu, Nilwan berkata menjadi hasrat kerajaan menerusi AIM untuk membantu dan menggalakkan rakyat berusaha dengan cara permulaan menceburi bidang perniagaan.

“Melalui perniagaan, Sahabat AIM mampu merubah taraf kehidupan keluarga,” katanya.

Leave a Reply

Top