Anda di sini!
Utama > Luar Negara > DAESH Umum Penganti Abu Bakr

DAESH Umum Penganti Abu Bakr

Kumpulan militan Daesh mengesahkan kematian pemimpin mereka, Abu Bakr al-Baghdadi dalam kenyataan semalam dan menamakan Abu Ibrahim al-Hashimi al-Quraishi sebagai pengganti.

“Kami meratapi kematian kami, komander yang setia,” kata jurucakap baharu Daesh, Abu Hamza al-Quraishi, dalam kenyataan audio.

Baghdadi, yang mengetuai Daesh sejak 2014 dan menjadi orang paling dikehendaki di dunia, maut dalam serbuan pasukan khas Amerika Syarikat di Idlib Ahad lalu.

Ia juga mengesahkan pembunuhan jurucakap pergerakan itu, Abu Hassan al-Muhajir, dalam satu serbuan lain keesokan hari.

Kenyataan menyatakan, badan perundangan dan rundingan kumpulan itu berkumpul selepas 48 jam kematian Baghdadi.

“Majlis Syura Daesh berkumpul segera selepas mengesahkan kematian Abu Bakr al-Baghdadi, dan tokoh kanan pergerakan bersetuju dengan penggantian berkenaan,” menurut mesej selama tujuh minit itu.

Jurucakap Daesh juga mengeluarkan amaran keras kepada AS, apabila Presiden Donald Trump mengumumkan kematian Baghdadi menerusi ucapan di televisyen dari Rumah Putih.

Dalam mesej baharu itu, jurucakap Daesh menggambarkan Trump sebagai ‘orang tua gila’ dan memberi amaran penyokong kumpulan itu akan membalas dendam di atas kematian Baghdadi.

“Jangan terlalu seronok Amerika. Pengganti baharu akan memastikan kamu lupa ketakutan yang ditanggung dan menjadikan membuatkan pencapaian Baghdadi amat manis,” katanya.

Beliau juga merujuk kepada desakan Baghdadi supaya anggota Daesh dalam penjara di Syria dan Iraq dibebaskan. – AFP

Leave a Reply

Top