Anda di sini!
Utama > Luar Negara > DAESH Culik Wanita & Kanak-Kanak

DAESH Culik Wanita & Kanak-Kanak

Kumpulan militan Daesh didakwa telah menculik puluhan penduduk puak minoriti Druze dari perkampungan mereka di wilayah Suwayda pada minggu lalu.

“Seramai 26 wanita dan 16 kanak-kanak itu diculik pada 25 Julai lalu,” kata ketua Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR), Rami Abdel Rahman menerusi laporan diterbitkan, semalam.

Jelasnya, empat daripada mangsa berjaya melarikan diri.

“Dua daripada mereka dipercayai terbunuh dan lebih 30 lagi masih ditawan Daesh,” jelasnya.

Insiden penculikan itu berlaku ketika Daesh melancarkan serangan ke atas perkampungan al-Shabki di kawasan pedalaman di timur wilayah terbabit selepas ia kehilangan kesemua kubu kuat di Syria pada tahun lalu.

Kumpulan militan tersebut bagaimanapun belum membuat pengesahan tentang penculikan itu malah butiran tentang kesemua mangsa tidak dipaparkan menerusi saluran propaganda mereka. – Press TV

Leave a Reply

Top