Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > D7 Serbu Sarang Pelacuran Di Klang

D7 Serbu Sarang Pelacuran Di Klang

KUALA LUMPUR, Sebuah pusat hiburan di Klang, Selangor yang menjadi sarang pelacuran diserbu Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, malam tadi.

Serbuan diketuai Pegawai Turus D7 IPK Selangor, Deputi Superintenden Azmi Syukor bermula jam 11.30 malam dan berakhir jam 2.30 pagi, menahan 21 wanita warga Vietnam yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO).

Azmi berkata, ketika premis diserbu, ada yang cuba melarikan diri dengan bersembunyi dalam satu ‘lubang tikus’ dibina khas di bahagian belakang premis pusat hiburan terbabit, namun berjaya ditahan.

Katanya, yang turut ditahan adalah seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun disyaki penjaga premis.

Beliau berkata, polis turut melakukan melakukan pemeriksaan ke atas 57 pengunjung pusat hiburan berkenaan.

“Serbuan dibuat selepas kita menerima maklumat mengenai kegiatan pelacuran di premis terbabit. Semakan mendapati premis yang baru beroperasi selama dua bulan ini mempunyai lesen.

“Hasil risikan, GRO akan melayan pelanggan untuk berhibur sambil minum minuman keras dan tips yang dibayar bergantung kepada berapa banyak minuman dipesan pelanggan di kaunter,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara untuk tindakan lanjut atas kesalahan salah guna pas lawatan sosial serta menggaji pekerja asing tanpa permit.

Leave a Reply

Top