MH Online

Laman Suara Rakyat

GEORGE TOWN, 6 Jan -- Timbunan kelapa muda di sebuah kedai menjual kelapa muda di Lorong Abu Siti, Jalan Macalister di sini. Keadaan cuaca panas yang melanda sejak beberapa hari lalu di negeri ini menyebabkan orang ramai mengunjungi Lorong Abu Siti untuk menghilangkan rasa dahaga dengan minum air kelapa muda. Menurut K.Meenachi, pada hari biasa kelapa muda dijual dalam lingkungan 500 hingga 600 biji sehari. Tetapi keadaan cuaca panas yang melanda sejak beberapa hari lalu menyebabkan jualan kelapa muda meningkat sehingga 1,000 biji sehari. Tambahnya lagi, kelapa pandan dijual RM3.50 sebiji manakala kelapa muda biasa dijual RM3 sebiji. -- fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA

Cuaca Panas: Kelapa Muda Jadi Rebutan

KUALA NERUS, Permintaan terhadap air kelapa muda meningkat dengan ketara di sini terutama apabila dihebahkan meminum air kelapa muda dapat menyejukkan panas badan terutama ketika musim panas sekarang.

Rata-rata peniaga yang ditemui berkata jualan buah kelapa mereka kini meningkat sekali ganda.

Zaharah Yahya berkata sebelum ini beliau hanya menjual kira-kira 100 biji sehari, namun sejak sebulan lalu ia meningkat kepada 200 biji sehari.

“Jualan sangat laris, ia meningkat satu kali ganda daripada sebelum ini dan adakala tidak cukup untuk menampung permintaan pelanggan yang semakin bertambah.

“Biasanya bekalan kelapa diperoleh dari kampung berdekatan, namun pernah juga bekalan kelapa terputus dan kami terpaksa pergi ke Kelantan untuk menampung permintaan pelanggan kami,” katanya kepada Bernama.

Zaharah yang berniaga air kelapa di Kampung Padang Air, kelapa biji lebih menjadi pilihan berbanding air kelapa yang telah siap dibungkus.

Jelasnya biarpun permintaan dan jualan semakin meningkat beliau masih mengekalkan harga RM4 sebiji seperti sebelum ini.

Seorang lagi peniaga kelapa muda Saiful Ridzuan Mat Sani berkata jualannya meningkat sehingga 100 biji sehari berbanding hanya 40 biji sebelumnya.

“Selain air yang dapat menyejukkan badan, pelanggan juga gemar menikmati isi kelapa muda yang lembut,” tambahnya.