Anda di sini!
Utama > Sukan > City Tak Minat Tonton Aksi Liverpool

City Tak Minat Tonton Aksi Liverpool

Raheem Sterling dan pengurusnya, Pep Guardiola tidak beminat menonton perlawanan Liverpool menentang Chelsea sejurus City merakam kemenangan 3-1 ke atas Crystal Palace di Selhurst Park, malam tadi.

Dalam perlawanan itu, Sterling menjaringkan dua gol sebelum Gabriel Jesus menambah gol ketiga selepas Luka Milivojevic menyumbat gol pertama pada hujung saingan.

Sterling dan Guardiola ditanya wartawan sama ada mereka akan menonton perlawanan seteru mereka itu yang berlangsung dua jam selepas mereka melakar kejayaan dan kembali ke carta teratas liga.

“Saya lapar, saya perlu makan, tengoklah apa yang terjadi nanti,” kata  Sterling kepada Sky Sports.

Guardiola pula bercadang menonton siaran langsung golf Masters yang menyaksikan Francesco Molinari dan Tiger Woods sedang berentap dalam pusingan terakhir di Augusta ketika itu.

“Tiger Woods dan Molinari sedang beraksi, mungkin saya akan menonton aksi mereka berdua.

“Harapnya Chelsea dapat melakukan tugasan terbaik mereka,” kata Guardiola.

Rabu ini, City bakal berdepan Tottenham di suku akhir kedua Liga Juara-Juara sebelum bersaing sekali lagi dengan lawan sama di peringkat liga tiga hari selepas itu.

Mengulas pertemuan suku akhir itu, Guardiola mengakui pasukannya tidak kebal selepas tewas 0-1 dalam perlawanan pertama di stadium baharu Spurs namun menegaskan City akan memastikan mereka menang semua baki lima perlawanan peringkat liga.

“Sudah pasti kami boleh tercicir. Kami bukan pasukan kebal. Kami ada kelemahan juga. Kami perlu menang semua baki perlawanan. Kami jangka Liverpool akan menang semua baki perlawanan mereka.

“Kami akan cuba menang lima baki perlawanan. Itu sudah pasti, tetapi ia perlawanan yang sukar. Melawan Tottenham di tempat sendiri, (Manchester) United di gelanggan mereka, Burnley di gelanggang mereka, Leicester (City) di Etihad, Brighton and Hove Albion di tempat mereka, tetapi nasib kami ditentukan dengan prestasi kami sendiri,” katanya. – Agensi

Leave a Reply

Top