Anda di sini!
Utama > Sukan > City Pasukan terbaik

City Pasukan terbaik

Jurulatih Liverpool, Jurgen Klopp menyatakan Manchester City adalah pasukan terbaik dunia biarpun juara Liga Perdana itu masih belum memenangi kejohanan utama di Eropah.

Menjelang persiapan pasukan mempertahankan gelaran Liga Juara-Juara dengan bertemu Napoli dalam saingan Kumpulan E pada awal pagi esok, jurulatih Jerman itu menolak pandangan orang ramai yang meletakkan pasukannya sebagai pasukan pilihan untuk menjulang trofi itu sekali lagi musim ini.

“Kami tidak boleh menjadi pasukan terbaik di Eropah kerana Manchester City adalah pasukan terbaik di dunia, iaitu planet yang sama, saya rasa,” seloroh Klopp dalam sidang media hari ini.

“Kami tak rasa tekanan menjadi juara bertahan, (kami menanginya) sudah lama. Saya tidak pasti (jika pasukan lain akan bermain secara berbeza ketika bertemu kami). Saya tak pernah menang Liga Juara-Juara sebelum ini, saya harap kami bersedia untuk itu.”

Liverpool menamatkan saingan Liga Perdana di tempat kedua pada musim lalu di belakang City yang dibimbing Pep Guardiola tetapi kini berada lima mata di hadapan lawannya selepas lima perlawanan musim ini.

Pemain tengah, Jordan Henderson juga berkata Liverpool bukanlah pesaing utama yang bakal merebut gelaran Liga Juara-Juara.

“Ia terlalu awal untuk katakan kami adalah pasukan pilihan, kami bermula baik tetapi kami masih boleh lakukan lebih baik,” kata pemain England itu.

“Kami sering dahagakan kemenangan dan mahu perbaikinya. Musim lalu adalah musim lalu tetapi kami masih boleh perbaiki.” – Reuters

Jadual Liga Juara-Juara esok: 

Kumpulan E
Napoli mln Liverpool, 3 pagi
Salzburg mln Genk, 3 pagi

Kumpulan F
Internazionale mln Slavia Praha, 12.55 tgh mlm
Dortmund mln Barcelona, 3 pagi

Kumpulan G
Lyon mln Zenit, 12. 55 tgh mlm
Benfica mln Leipzig, 3 pagi

Kumpulan H
Chelsea mln Valencia, 3 pagi
Ajax mln LOSC, 3 pagi

KHAMIS (19 September)

Kumpulan A
Club Brugge mln Galatasaray, 12.55 tgh mlm
PSG mln Real Madrid, 3 pagi

Kumpulan B
Olympiacos mln Tottenham, 12.55 tgh mlm
Bayern mln Crvena Zvezda, 3 pagi

Kumpulan C
Dinamo Zagreb mln Atalanta, 3 pagi
Shakhtar Donetsk mln Man City, 3 pagi

Kumpulan D
Leverkusen mln Lokomotiv Moscow, 3 pagi
Atletico mln Juventus, 3 pagi

Leave a Reply

Top