Manchester City melalui ujian pertamanya di Piala FA musim ini dengan cemerlang.

Pada aksi awal pagi semalam, The Citizens layak ke pusingan keempat selepas membelasah West Ham 5-0.

Pemain yang disisihkan Pep Guardiola pada awal musim, Yaya Toure memulakan pesta gol apabila tenang menyempurnakan penalti pada minit ke-33 sebelum jaringan sendiri Havard Nordtvei, diikuti gol David Silva meletakkan pelawat selesa mendahului 3-0 pada babak pertama.

City yang kali terakhir menjulang Piala FA pada 2011, menambah dua lagi gol menerusi penyerang, Sergio Aguero dan John Stones untuk memastikan Guardiola merasai nikmat kemenangan pertama di kejohanan bersejarah itu.

“Kami mampu untuk mengawal bola lebih lama berbanding perlawanan sebelum ini. Kami juga mencipta lebih banyak peluang.

“Selepas gol kedua dan ketiga, ia menjadi lebih mudah pada babak kedua,” katanya.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *