Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menerima sebuah kondominium bernilai RM1.5 juta sebagai ganjaran di atas pencapaian beliau memenangi pingat perak pada Sukan Olimpik di Rio de Janeiro.

Chong Wei menerima replika kunci unit kediaman mewah itu dari Pengarah Urusan Orando Holdings Sdn Bhd, Datuk Eng Wei Chun dalam satu majlis yang diadakan pada Jumaat.

Unit kediaman yang berkeluasan 1,100 kaki persegi dan mempunyai tiga bilik tidur itu merupakan kondominium eksklusif Laville yang dirancang di Taman Maluri, dengan lokasinya menghadap Kuala Lumpur City Centre dan dilengkapi perabot.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang menyaksikan majlis itu memuji Chong Wei kerana menyatukan rakyat Malaysia dari pelbagai kaum melalui persembahan cemerlangnya di Brazil.

Turut hadir Penasihat Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Datuk Heng Seai Kie dan Pengarah Urusan Kumpulan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Star Media Group Bhd, Datuk Seri Wong Chun Wai.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *