Anda di sini!
Utama > Luar Negara > China Uji ‘Ibu Segala Bom’

China Uji ‘Ibu Segala Bom’

China berjaya menguji senjata bukan nuklear paling kuat yang disifatkan sebagai ‘Ibu Segala Bom’ oleh media rasmi negara itu merujuk kepada senjata Amerika Syarikat (AS) yang digunakan di Afghanistan.

Dalam video pendek yang diterbitkan dalam laman web pengilang senjata kerajaan Norinco, bom besar itu digugurkan di atas kawasan lapangan dan menghasilkan bebola api gergasi serta asap hitam.

Agensi berita rasmi Xinhua, kelmarin, melaporkan mengenai bom itu untuk kali pertama dengan menggelarnya sebagai ‘Ibu Segala Bom versi China’.

Katanya, bom itu mempunyai kuasa letupan kurang sedikit berbanding senjata nuklear dan digugurkan dengan pesawat pengebom China H-6K. – AFP

Leave a Reply

Top