Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Chiken Cottage Perkenal Food Truck

Chiken Cottage Perkenal Food Truck

KUALA TERENGGANU, Terengganu Kitchen Sdn Bhd (T-Kitchen) terus maju selangkah ke hadapan apabila mewujudkan Food Truck Chicken Cottage bagi meluaskan pasaran di negeri ini.

Menteri Besar Dato Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata usaha ini bagi mempelbagaikan kaedah penjualan makanan yang tidak hanya bergantung kepada premis perniagaan sahaja.

‘Chicken Cottage berasakan kepada outlet mengikut peredaran dan kita buat transformasi kita guna konsep food truck kerana konsep kerajaan sekarang bukan lagi menyediakan perkhidmatan tetapi menawarkan perkhidmatan’.

‘Chicken Cottage yang kepunyaan kerajaan negeri mempunyai lebih 100 cawangan di seluruh dunia dan akan menambah cawangan di Jerman pada bulan tiga ini’.

‘Pertengahan bulan Mac ini kita akan buka sebuah outlet di Kuala Lumpur untuk pasaran Lembah Klang’.

‘Chicken Cottage food truck adalah food truck pertama di dunia kerana food truck adalah trend masa kini kerana kita nak biarlah relevan dengan kehendak pelanggan’.

‘Food truck Ini adalah satu sokongan yang memberi satu lembaran baru kepada perniagaan makanan segera ini’.

‘Dua unit food truck dilengkapi dengan peralatan dapur bermutu tinggi dan bertaraf antarabangsa dan dapat menyediakan tidak kurang 220 hidangan setiap sejam’.

‘Kos keseluruhan untuk bina food truck adalah RM700, 000 lengkap dengan semua kemudahan’.

‘Insyaallah kita akan kembangkan lagi untuk masa akan datang dan seterusnya memberi peluang kepada usahawan tempatan yang berminat’ katanya selepas merasmikan Pelancaran Food Truck Chicken Cottage di Tapak Ekspo Terengganu (Dataran Syahbandar) petang ahad.

Hadir sama isteri To’ Puan Seri Halina Zakaria, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Incorporated Dr Wan Ahmad Rudirman Wan Razak.

Tambahnya dengan adanya food truck akan memudahkan orang ramai seluruh daerah untuk mencuba makanan segera ini dan seterusnya akan menjadikan Chicken Cottage setaraf dengan makanan segera lain.

Leave a Reply

Top