Chelsea mengutip mata penuh setelah menang 2-1 ke atas West Ham United dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium London, awal pagi Selasa.

Gol Chelsea diperolehi menerusi Eden Hazard (25′) dan Diego Costa (50′), manakala gol West Ham United datang daripada Manuel Lanzini pada masa kecederaan sebelum tamat babak kedua.

Berdasarkan rekod premierleague.com, West Ham sebenarnya tampil lebih mendominasi. Mereka menguasai bola sehingga 52.1 peratus.

Begitu juga dari segi peluang di mana tuan rumah mendapat 11 berbanding sembilan yang diperolehi Chelsea.

West Ham juga mengambil inisiatif serangan sejak minit pertama perlawanan.

Namun, Chelsea terlebih dahulu mampu mencuri gol hasil kerjasama Pedro Rodriguez dan Hazard.

Lima minit selepas babak kedua berjalan, Chelsea menggandakan kutipan gol melalui tendangan jarak dekat Costa yang bermula daripada tendangan Hazard.

Musim ini, Costa telah menjaringkan 17 gol dan lima assist dalam Liga Perdana Inggeris.

Costa nyaris menambah koleksi golnya pada minit ke-67.

Tetapi, tendangan kaki kirinya dari jarak dekat masih dapat ditepis oleh Randolph.

Tiga mata yang diperolehi mengukuhkan lagi kedudukan Chelsea di takhta liga dengan 66 mata.

Mereka unggul 10 mata dari pesaing terdekat, Tottenham Hotspur.

West Ham mengekalkan kedudukan di posisi ke-11 dengan 33 mata.

Dalam pertandingan berikutnya Chelsea akan berdepan dengan Stoke City di Stadium Britannia.

Sebelum itu, Chelsea akan berdepan Manchester United pada suku akhir Piala FA di Stamford Bridge.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *