Anda di sini!
Utama > Ekonomi > CGC & Hong Leong Tawar 200 Juta Kepada PKS

CGC & Hong Leong Tawar 200 Juta Kepada PKS

Hong Leong Bank Bhd memeterai perjanjian perkongsian strategik dengan Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC) untuk menyertai skim Jaminan Portfolio mereka bagi menawarkan pembiayaan berjumlah sehingga RM200 juta kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Hong Leong Bank Group Domenic Fuda berkata bank itu mengiktiraf peranan penting yang dimainkan oleh PKS dalam ekonomi, pertumbuhan dan kemajuan negara.

Beliau berkata menerusi skim portfolio, PKS, dengan model perniagaan berdaya maju tetapi kurang cagaran, kini boleh mempunyai akses bagi membiayai usaha memulakan perniagaan dan mengembangkan perniagaan mereka.

“Sebagai sebuah bank komuniti, kami berbangga dapat menyokong pertumbuhan PKS di Malaysia dan kami menyasar menjadi penyedia penyelesaian pengurusan perniagaan sehenti mereka bagi semua keperluan perniagaan mereka,” kata Fuda dalam satu kenyataan pada selasa.

Sebagai penyedia penyelesaian pengurusan perniagaan sehenti, beliau berkata PKS yang memperoleh pembiayaan daripada bank itu di bawah skim tersebut juga akan mempunyai akses kepada instrumen pengurusan perniagaannya seperti Connect First yang dilancarkan baru-baru ini.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CGC Datuk Mohd Zamree Mohd Ishak berkata skim itu juga akan disediakan menerusi imSME CGC.

imSME, yang dilancarkan oleh Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani baru-baru ini adalah platform pembiayaan/rujukan pinjaman PKS secara dalam talian pertama Malaysia memadankan PKS yang layak kepada produk pembiayaan sesuai yang ditawarkan oleh bank-bank yang menyertainya.

Leave a Reply

Top