Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Campak Dadah Elak Ditahan

Campak Dadah Elak Ditahan

KUCHING, Cubaan seorang lelaki membaling bungkusan misteri melalui tingkap membawa padah selepas hasil pemeriksaan polis mendapati ia mengandungi syabu seberat 35.15 gram dalam serbuan sebuah rumah di Jalan Tabuan, di sini kelmarin.

Operasi dijalankan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak kira-kira jam 6 petang itu turut menahan suspek bersama tiga rakannya termasuk seorang wanita.

Ketua JSJN Sarawak, Superintendan Hasnir Abdul Hamid, berkata kesemua suspek yang ditahan berusia 32 hingga 40 tahun.

“Dadah dirampas dianggarkan bernilai RM5,269.50,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Hasnir berkata, kesemua suspek kini direman bagi membantu siasatan.

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. Ujian saringan awal air kencing mendapati ketiga-tiga suspek lelaki positif dadah, manakala, suspek wanita negatif.

“Tiga lelaki itu turut disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Leave a Reply

Top