Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Calon PKR Tanah Merah Mahu Kikis Fahaman Karut PAS

Calon PKR Tanah Merah Mahu Kikis Fahaman Karut PAS

Oleh : Zainuddin Sanusi

TANAH MERAH, Calon PKR daripada Parti Amanah Negara yang bertanding di Parlimen Tanah Merah, Dr. Mohamad Fauzi bin Zakaria berkata, sekiranya beliau diberi mandat oleh rakyat Tanah Merah pada 9 Mei nanti, beliau akan memperjuangkan nasib golongan penoreh getah dan juga pekebun kelapa sawit dengan meminta pihak kerajaan menaikkan harga komoditi bagi dua sumber pendapatan utama tersebut.

Ketika ditemui wartawan mhonline, beliau berkata, pengisian ilmu kepada rakyat Tanah Merah juga menjadi salah satu matlamat perjuangannya supaya ilmu-ilmu yang disampaikan bersesuaian dengan arus perdana.

Beliau yakin, sekiranya diberi mandat, perubahan-perubahan yang akan dibawanya akan mendapat sokongan daripada rakyat setempat bersesuaian dengan Manifesto Pakatan Harapan di seluruh negara.

Ditanya mengenai tugas pertamanya sekiranya diberi mandat, Dr. Mohamad Fauzi berkata tugasnya yang mungkin agak mencabar ialah memperbetulkan balik kefahaman rakyat berkaitan agama. Ini berikutan rakyat sudah terlalu banyak disogokkan dengan kefahaman agama Islam yang sempit oleh penceramah-penceramah agama yang didominasi oleh PAS.

Katanya, dakwaan oleh PAS sekiranya menolak parti mereka seperti sekular, anti ulamak dan sebagainya harus dikikis dan diperbetulkan kerana Islam adalah agama yang universal.

Bersesuaian dengan jolokan negeri Kelantan sebagai Negeri Serambi Mekah, kefahaman tentang agama Islam dengan cara dan kaedah yang sebenarnya adalah amat penting.

Leave a Reply

Top