Anda di sini!
Utama > Ekonomi > Bursa Malaysia Kekal Tinggi

Bursa Malaysia Kekal Tinggi

KUALA LUMPUR, Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari menyaksikan momentum belian dalam kaunter terpilih, diterajui TNB, IHH dan Maybank.

TNB melonjak 70 sen kepada RM12.36, IHH menambah 13 sen kepada RM5.49 dan Maybank naik sembilan sen kepada RM9.08.

Penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 10.14 mata kepada 1,624.71 selepas dibuka 0.11 mata lebih tinggi pada 1,614.68.

Indeks itu ditutup 13.22 mata lebih tinggi pada 1,614.57 semalam.

Kaunter naik mengatasi turun sebanyak 374 berbanding 317 dengan 312 kaunter tidak berubah, manakala 949 tidak diniagakan dan 60 yang lain digantung.

Sejumlah 1.20 bilion saham bertukar tangan bernilai RM811.34 juta.

Di peringkat serantau, Strait Times Index Singapura turun 0.27 peratus kepada 3,156.85, Nikkei Jepun merosot 1.15 peratus kepada 21,015.28 dan Hang Seng Hong Kong berkurangan 0.4 peratus kepada 27,280.74.

Leave a Reply

Top