Alain Traore muncul penyelamat Burkina Faso apabila bijak menyempurnakan sepakan percuma untuk menjaringkan gol tunggal perlawanan ketika menewaskan Ghana 1-0, dalam aksi penentuan tempat ketiga Piala Negara-Negara Afrika, awal pagi Ahad.

Gol minit ke-89 itu sudah cukup untuk mengubat kekecewaan Burkina Faso selepas gagal melangkah ke aksi final Khamis lalu.

Burkina Faso tewas menerusi penentuan sepakan penalti kepada Mesir dalam aksi separuh akhir tetapi kekecewaan itu berjaya dirawat dengan kemenangan pingat gangsa tersebut.

Traore melakukan sepakan kencang untuk menewaskan penjaga gol lawan ketika perlawanan berbaki seminit.

Burkina Faso nyaris mendahului Ghana seawal 30 saat perlawanan berlangsung tetapi Jordan Ayew terlepas peluang yang cukup baik untuk menggegar gawang.

Malah peluang sama yang hadir turut gagal disempurnakan Edward Agyemang Badu selepas itu.

Pemain remajanya, Bernard Tekpetey juga mempunyai peluang untuk menggandakan jaringan pada separuh masa pertama ketika berlaku perebutan di depan pintu gol tetapi percubaannya terkena palang.

 

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *