Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Bukit Besi Rainforest Tarikan Baru Pelancongan Dungun

Bukit Besi Rainforest Tarikan Baru Pelancongan Dungun

DUNGUN, Bukit Besi Rainforest Endurance Park di Tasik Puteri kini menjadi tarikan terbaru pelancongan ke daerah Dungun yang mengetengahkan aktiviti sukan lasak.

Lokasi ini mempunyai trek lasak serbaguna sepanjang 31 km yang digunakan untuk sukan kuda lasak, All Terrain Vehicle (ATV), marathon, motocross, basikal moutain bike dan mature hiking.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Besi YB Roslee Daud berkata, pihaknya kini sedang usaha menerokai potensi pelancongan yang boleh diketengahkan untuk manfaat umum.

Tambahnya, hasrat penduduk mahu Bukit Besi membangun seperti zaman kegemilangan menjadi tapak perlombongan suatu ketika dahulu.

‘Dengan adanya pusat eko-pelancongan seperti Bukit Besi Rainforest dapat memberi banyak kebaikan kepada orang tempatan seperti mewujudkan peluang pekerjaan kepada belia di kawasan sekitar’.

‘Banyak aktiviti yang sedang dirancangkan untuk merancakkan lagi kalendar pelancongan seperti kejohanan ATV yang terbuka kepada peserta dalam dan luar Terengganu’ katanya selepas menemui media yang mencuba sukan lasak ATV di Bukit Besi Rainforest Endurance Park pagi sabtu.

Hadir sama Pengarah Tourism Malaysia Pejabat Negeri Terengganu Zaleha Zainuddin dan Pengarah Urusan Alam Perkasa Technology Mohamad Ngah.

Selain itu Tasik Puteri, terdapat juga Air Terjun Chemerong dan kewujudan pokok cengal terbesar yang berpotensi dimajukan sebagai lokasi pelancongan bukan sahaja dijadikan mercu tanda untuk daerah Dungun tetapi juga untuk negeri Terengganu selaras dengan kempen Visit Beautiful Terengganu yang dilancarkan oleh kerajaan negeri.

Sehubungan dengan itu beliau mahu penduduk Bukit Besi terus memberi sokongan kepada kerajaan dalam membawa lebih banyak pembangunan yang bermanfaat untuk rakyat.

Leave a Reply

Top