Polis menahan tiga individu yang disyaki terlibat dengan militan Negara Islam (IS) yang merancang untuk melakukan serangan ke atas pusat-pusat hiburan, sebuah kuil Hindu di Batu Caves dan balai polis.

Ketiga-tiga mereka merancang untuk menyerang lokasi sasaran menggunakan bom dan senjata api pada malam sambutan Hari Kebangsaan.

Mereka ditahan oleh Bahagian Anti Pengganas Cawangan Khas Bukit Aman di sini, Selangor dan Pahang antara 27 dan 29 Ogos.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, ketiga-tiga suspek telah menerima arahan daripada militan IS Mohamad Wanndy Mohamad Jedi.

“Suspek pertama – seorang lelaki berusia 20 tahun ditahan di Selangor pada 27 Ogos dengan bom tangan K75 dan sepucuk pistol serta peluru 9mm.

“Kami percaya dia mendapat senjata daripada orang tengah,” kata Khalid dalam kenyataan pada Rabu.

Sementara itu dua lagi suspek berusia 27 dan 20 tahun ditahan pada 29 Ogos.

“Mereka merancang untuk ke Syria selepas berjaya menyerang sasaran,” katanya.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *