Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > ‘Bukan Saya Yang Batalkan Jemputan’

‘Bukan Saya Yang Batalkan Jemputan’

KUALA LUMPUR, Semua urusan berkaitan Kongres Nasional Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR dikendalikan sayap parti itu dan tidak membabitkan pejabat Setiausaha Agung.

Perkara itu ditegaskan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, yang menyatakan tidak timbul isu beliau membatalkan jemputan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, untuk merasmikan Kongres AMK.

Malah, pejabatnya atau beliau sendiri tidak mengeluarkan surat jemputan perasmian kepada Mohamed Azmin.

“Tidak timbul soal Setiausaha Agung PKR membatalkan jemputan kerana Kongres Nasional AMK dikendalikan oleh AMK.

“Semua urusan dan perjalanan kongres adalah urusan AMK termasuk siapa merasmikan dan hal berkaitan yang diuruskan oleh AMK,” dipetik sebagai berkata, hari ini.

Beliau ditanya mengenai tindakan 21 daripada 25 ahli Pimpinan Pusat AMK PKR, membantah keputusan parti itu membatalkan jemputan kepada Mohamed Azmin bagi merasmikan Kongres Nasional sayap itu di Melaka, 6 Disember depan.

Bantahan itu dinyatakan melalui kenyataan bersama mereka diketuai Timbalan Ketua AMK, Hilman Idham, hari ini.

Semalam, Saifuddin dilaporkan menyerahkan kepada sayap parti untuk mengundang pemimpin disukai bagi merasmikan kongresnya bulan depan dan beliau tidak terbabit menentukan perasmi.

“Semua urusan kongres ditentukan oleh AMK, jemputan perasmi juga diurus AMK. Rujuk kepada Yang Berhormat (YB) Hilman, mana surat Setiausaha Agung yang dikatakan membatalkan jemputan kepada Datuk Seri Mohamed Azmin,” katanya.

Leave a Reply

Top