Anda di sini!
Utama > Luar Negara > Britain & Ireland Dilanda Ribut Salji Melampau

Britain & Ireland Dilanda Ribut Salji Melampau

Ribut salji menyebabkan kebanyakan tempat di Ireland ditutup dan memaksa Britain mengerah anggota tentera membantu berhadapan cuaca paling buruk pernah berlaku dalam masa hampir 30 tahun.

Selepas cuaca sejuk di Siberia yang digelar ‘binatang dari timur’, timur Britain dan Ireland dilanda Ribut Emma yang tiba dari selatan dan menghalang jalan raya, penerbangan dan perkhidmatan kereta api.

Ribut tengah malam semalam menyebabkan salji setebal 90 meter di seluruh Ireland dan Scotland.

Ia turut menyebabkan seluruh rangkaian pengangkutan awam Ireland tergendala, menyebabkan lapangan terbang ditutup dan jalan raya menjadi amat bahaya.

Pada kemuncak ribut, lebih 10,000 rumah dan premis perniagaan mengalami gangguan bekalan elektrik.

Hari ini, bursa saham Ireland ditutup, selain sekolah dan kebanyakan pejabat kerajaan apabila status amaran cuaca Merah kekal di hampir seluruh negara itu.

Sementara di Britain, budak perempuan tujuh tahun maut di Cornwall selepas kereta merempuh sebuah rumah, lapor Perbadanan Penyiaran Britain.

Puluhan penumpang pula terkandas dalam kereta api semalam di selatan England. – Reuters

Leave a Reply

Top