Menteri Luar Britain, Boris Johnson yang dilahirkan di New York telah melepaskan kerakyatannya sebagai warga Amerika Syarikat (AS), menurut dokumen Jabatan Perbendaharaan, kelmarin.

Sebelum ini, bekas Datuk Bandar London itu adalah pemegang pasport Britain dan AS.

Pada 2015, beliau pernah menyatakan hasrat untuk melepaskan kerakyatan itu atas sebab patriotik.

“Tujuan saya membuat keputusan ini adalah untuk membuat perubahan dan komitmen saya adalah sentiasa kepada Britain, ” katanya ketika diwawancara  Sunday Times.

Beliau berada di dalam senarai yang bagi suku ketiga 2016 yang melepaskan kerakyatan AS.

Difahamkan, kesemua warga AS perlu membayar cukai kepada Washington walaupun mereka tinggal di luar negara. – AFP

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *