MH Online

Laman Suara Rakyat

Borhan Dolah Dilantik KP Perkhidmatan Awam

KUALA LUMPUR, Datuk Borhan Dolah dilantik sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang baharu berkuat kuasa hari ini bagi menggantikan Tan Sri Zainal Rahim Seman yang tamat tempoh kontrak.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam satu kenyataan di sini hari ini, berkata Borhan yang sebelum ini Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, telah berkhidmat lebih 30 tahun dalam perkhidmatan awam.

Beliau menyertai perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik pada 13 Januari 1986.

Borhan, 59, adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Antropologi dan Sosiologi) (Kepujian) dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Awam dari University of Hartford, Amerika Syarikat.

Sebelum ini, beliau pernah menjawat jawatan Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan dan Pembangunan) di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Setiausaha Persekutuan Sabah, JPM.

Biodata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) baharu:

Nama: Datuk Borhan Dolah

Usia; 59 tahun

Asal: Melaka

Mula menyertai perkhidmatan awam: 1 Oktober 1983

Jawatan sebelum : Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (mulai 5 April 2017)

: Setiausaha Persekutuan Sabah (1 Februari 2015)

: Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan dan Pembangunan), Jabatan Perdana Menteri (Jun 2013)

: Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Jabatan Perdana Menteri (25 September 2012)

: Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (18 Ogos 2010)

: Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Belia dan Sukan (16 September 2008)