Seorang lelaki terpaksa menanggung kesakitan lebih tujuh jam apabila cincin tersangkut di kemaluannya.

Ketua Pusat Pergerakan Operasi Bomba dan Penyelamat, Samsol Maarif Saibani berkata, mangsa telah dibawa ke wad kecemasan Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Menurutnya, pihaknya dapati cincin besi telah tersangkut pada kemaluan mangsa berusia lingkungan 30-an itu.

“Kita berdepan kesulitan dan sangat berhati-hati nagi mengelakkan kecederaan selain kesukaran mata alat pemotong semakin tumpul kerana cincin yang tebal.

“Kita kemudian telah mendapatkan bantuan dari Bomba Sungai Buloh untuk mendapatkan peralatan memotong yang lain,” katanya.

Pasukan penyelamat menerima panggilan pada jam 8.56 malam tadi.

Tambahnya, akhirnya bomba berjaya memotong cincin berkenaan dan operasi tamat kira-kira jam 4 pagi tadi.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *