Wanita India berusia 45 tahun dan melakukan perjalanan secara empat berkumpulan, berkemungkinan boleh menunaikan ibadat haji tanpa ditemani penjaga lelaki, tahun depan.

Dasar itu dijangka berkuat kuasa selama lima tahun bermula 2018, jika dipersetujui kerajaan.

Wanita yang menepati kriteria itu tidak perlu lagi ditemani mahram atau saudara terdekat seperti ayah, suami, saudara lelaki atau anak, kata panel dilantik kerajaan yang membuat cadangan dalam semakan dasar haji negara itu.

“Peraturan mahram sudah wujud sejak awal untuk wanita, bimbang jika mereka berdepan sebarang kesukaran ketika melakukan perjalanan.

“Cadangan (menggugurkan penjaga lelaki) adalah cadangan penting,” kata Ketua Eksekutif Jawatankuasa Haji India, Maqsood Ahmed Khan.

Katanya, hampir separuh daripada anggaran 170,000 jemaah haji dari India tahun ini adalah wanita. – REUTERS

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *