Penyanyi, penulis lirik dan pemuzik kelahiran Minnesota Amerika Syarikat (AS), Bob Dylan diiktiraf dunia apabila menerima Hadiah Nobel Kesusasteraan 2016.

Hadiah itu disampaikan dalam pertemuan rahsia dengan Akademi Sweden yang memberi penghormatan kepada selebriti itu, lapor media tempatan.

Penyiar awam Sweden (SVT) melaporkan, perkara itu disahkan ahli Akademi, Horace Engdahl.

Ketika ditanya adakah Dylan menerima diploma Nobel dan pingat itu, beliau hanya menjawab ringkas: “Ya”, tanpa mengulas lanjut.

Dylan, 75, adalah penulis lagu pertama yang menerima anugerah berprestij dan dengan penghormatan itu beliau menyertai penerima anugerah lain seperti Thomas Mann, Samuel Beckett, Gabriel Garcia Marquez dan Doris Lessing.

Sebelum ini, penyanyi itu mencetuskan kontroversi kerana dikatakan ‘angkuh’ dan ‘tidak sopan’ hanya kerana berdiam diri selepas dinobatkan sebagai pemenang.

Pemuzik itu juga diberi tempoh hingga 10 Jun depan untuk menyampaikan syarahan tradisi Nobel bagi melayakkan dirinya menerima hadiah wang tunai 837,000 euro (RM3.95 juta). Jika gagal berbuat demikian, ia boleh ditarik balik. – AFP

 

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *