Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > BN Perlis Mahu Bina Lebih Banyak Rumah Mampu Milik

BN Perlis Mahu Bina Lebih Banyak Rumah Mampu Milik

KANGAR, Tawaran Barisan Nasional (BN) Perlis untuk membina lebih banyak rumah mampu milik, jika BN kekal mentadbir negeri itu, dilihat mampu menyelesaikan isu perumahan terutama dalam kalangan golongan muda yang masih belum memiliki kediaman sendiri.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Behor Lalang, Zainab Sabu berkata sebagai pemimpin masyarakat yang paling hampir dengan akar umbi, beliau sering menerima aduan dan rungutan rakyat yang ingin memiliki rumah sendiri namun tidak mampu untuk membelinya.

“Ramai yang tak mampu miliki rumah kerana harga yang mahal, hendak bina sendiri pula tidak ada tanah jadi mereka terpaksa menyewa sahaja.

“Setelah Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim mengumumkan pembinaan 1,000 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dalam Manifesto BN Perlis baru-baru ini, ia memberi sinar baharu kepada rakyat,” dipetik sebagai berkata.

Leave a Reply

Top