“Walaupun kerajaan menyatakan tindakan itu dibuat `disebabkan kekeliruan dan bukan kerana ia berbahaya kepada negara’ namun adalah jelas bahawa kesediaan kerajaan mengkaji semula keputusannya menunjukkan kerajaan sekali lagi bertindak kurang bijak dan terburu-buru membuat keputusan dengan tidak dibincang semasak-masaknya.

“Adalah jelas tindakan berkenaan menunjukkan rakyat khususnya pembangkang sekali lagi menjadi pelindung kepada institusi Perlembagaan, Agong dan Raja-Raja Melayu dengan menggunakan kuasa mereka bagi menyemak semula (check and balance) keputusan kurang bijak Putrajaya meratifikasi Statut Rom.

“Pengguguran ratifikasi itu adalah satu kemenangan rakyat yang tidak mahu melihat Perlembagaan Persekutuan diperkotak-katikkan oleh musuh musuh negara termasuk oleh puak tertentu berfahaman liberal di dalam negara ini sehingga sanggup memperlekeh dan membahayakan kedudukan institusi Raja-Raja Melayu,” dipetik sebagai berkata.

Sehubungan itu, Shamsul Anuar menegaskan, UMNO akan terus mengetengahkan isu-isu yang memelihara kedaulatan perlembagaan dan hak hak rakyat agar kerajaan PH yang ditunjangi rejim DAP tidak melakukan sesuatu yang boleh membahayakan masa depan negara.

Kata beliau: “Justeru kita berharap episod ratifikasi Statut Rom ini akan menjadi satu peringatan kepada kerajaan dan secara khusus kepada penasihat-penasihat menteri supaya tidak mengambil mudah perkara-perkara yang berkaitan institusi Agong dan Raja-Raja Melayu.

“Ini bagi mengelakkan keharmonian negara terjejas dan nama baik negara tercemar di dunia antarabangsa.”