Minggu lalu, penulis sempat meluangkan masa beriadah di Felda Bilut, bermula dengan berbasikal mengelilingi kampung sehinggalah mencuba ATV kenderaan empat roda mengelilingi ladang kelapa sawit dengan laluan yang agak mencabar sangat menghiburkan.

Selama sejam penulis diberikan kesempatan bersama dua orang anak muda Felda Bilut untuk mencuba ATV melalui lauan trek, laluan sungai, laluan berbukit dan naik ke puncak bukit dengan ATV, bagi yang sudah biasa menunggang ATV, anda boleh mengambil pakej selama satu jam atau pakej satu jam tiga puluh minit dengan harga minimum RM 120.

Bagi yang tidak biasa, anda perlu bermula dengan mengelilingi laluan trek selama 10-15 minit untuk membiasakan diri dengan ATV. pakej yang paling rendah adalah 30 minit dengan harga serendah RM 70.

Penulis bermula di laluan trek untuk membiasakan diri dengan ATV, maklumlah agak lama juga penulis tidak menunggang ATV, selepas 10 minit di laluan trek, penulis mula bergerak melalui laluan “off road” meredah laluan sungai yang agak cetek disebabkan musim panas, tetapi penunggang perlu berhati-hati melaui laluan ini, jika silap perkiraan boleh terbalik juga ATV dalam air dan basah kuyuplah dibuatnya.

Selepas melalui laluan sungai, kami mula bergerak melalui laluan berbukit yang sedikit curam serta sempit kiri dan kanannya pula adalah gaung, jadi penulis terpaksa seimbangkan badan dan ATV sepanjang laluan ini, kira-kira 10 minit kami sampai ke atas bukit, sebelum meneruskan lagi ke laluan seterusnya.

Kali ini kami melalui laluan mendaki yang lebih tinggi dan lebih sempit, sepanjang laluan ini tangan harus fokus kepada brek dan mata pula fokus kepada lurah-lurah jalan dan badan perlu diseimbangkan dengan ATV, melalui laluan ini kira-kira 10 minit sebelum sampai ke “view point” puncak bukit untuk berehat selama 5 minit,.

Bergerak seterusnya penulis melalui laluan menurun bukit  yang juga sempit dan kiri kanannya gaung, disini hanya perlu menjaga brek kiri dan kanan, kira-kira 10 minit kami sampai ke laluan sungai ke dua, airnya tidaklah dalam, oleh kerana cuaca yang agak panas menyebabkan air disini kering dan sedikit berbau.

Seterusnya melalui laluan “off road” sebelum sampai ke kaunter, sekiranya terasa lapar boleh lah singgah makan buah nangka madu ditepi jalan dan minum air kelapa atau air tebu untuk menghilangkan dahaga.

Kepada yang berminat untuk mencuba memanah atau pun ATV bolehlah datang ke Bilut Xtreme Park di felda Bilut, anda boleh hubungi nombor telefon +60146088803 Issabel untuk sebarang pertanyaan dan tempahan berkumpulan.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *