Jumlah mangsa banjir di Terengganu pagi ini berkurangan kepada 1,022 orang berbanding 1,606 orang malam tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Lt Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata ketika ini hanya 302 keluarga masih berada di 21 pusat pemindahan di lima buah daerah.

“Daerah Hulu Terengganu yang terjejas teruk menunjukkan penurunan ketara dengan jumlah mangsa hanya seramai 361 orang setakat pukul 8 pagi berbanding 853 orang pada pukul 10 malam tadi.

“Dua pusat pemindahan di daerah itu telah ditutup menjadikan bilangan yang masih dibuka hanya empat bua iaitu di Hulu Terengganu.

“Di Marang pula, jumlah mangsa menurun kepada 488 orang berbanding 540 orang malam tadi.

“Jumlah mangsa di Dungun ialah 87 orang, Kemaman (58) dan Setiu (28 orang),” katanya.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *