Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > BERSATU Nak ‘Pinjam’ Ahli Parlimen UMNO

BERSATU Nak ‘Pinjam’ Ahli Parlimen UMNO

KUALA LUMPUR, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa mengakui ramai Ahli Parlimen UMNO dilamar menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Beliau berkata, lamaran berkenaan datang daripada pihak tertentu, bertujuan memperkukuhkan kedudukan parti berkenaan yang hanya mempunyai 14 kerusi di Dewan Rakyat ketika ini.

“Ada pemimpin dilamar secara terus, ada melalui perantaraan, ada yang dipanggil untuk berunding dan ada yang datang walaupun tidak dijemput.

“BERSATU perlukan lebih ramai wakil rakyat dan mereka nak ‘pinjam’ daripada Barisan Nasional (BN), macam pemain import.

“Bukannya kita tak pertimbangkan perkara itu tetapi kita juga ada tanggungjawab yang lebih besar kerana kita menang atas tiket BN,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen, hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Datuk A Kadir Jasin, yang mendakwa 40 Ahli Parlimen UMNO dipercayai akan meninggalkan parti itu bagi menyertai BERSATU.

Annuar berkata, kenyataan A Kadir itu perlu dipandang dari dua sudut sama ada sisi ahli politik atau wartawan, walaupun kenyataan berkenaan lebih cenderung sebagai ahli politik.

“Beliau sedang belajar untuk menjadi orang politik, jadi kita faham fahamlah.

“Kalau dah 40, tinggal baki lapan atau sembilan saja, kenapa tak ambil semua?

“Saya tak dilamar sesiapa, sebab saham saya tak tinggi,” katanya.

Leave a Reply

Top