SEREMBAN, Seorang pekerja swasta terpaksa berputih mata apabila wang simpanannya berjumlah RM209,996.25 lesap selepas terpedaya dengan sindiket Macau Scam, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Superintendan Aibee Abd Ghani, berkata semuanya bermula selepas mangsa wanita berusia 48 tahun itu dihubungi individu dan diberitahu kononnya mempunyai hutang kad kredit.
“Selepas laporan dibuat, talian mangsa telah disambungkan pula dengan seorang anggota lelaki kononnya dari Jabatan Siasatan Jenayah yang kemudian meminta nombor kad pengeluaran wang automatik (ATM) miliknya,” katanya di sini, hari ini.
Aibee berkata, mangsa turut diminta oleh lelaki berkenaan menghantar pengesahan transaksi atau kata laluan (OTP) yang diterima melalui mesej di telefonnya.
Menurutnya, mangsa yang bimbang dengan status kad kreditnya itu mengikuti semua arahan daripada lelaki terbabit.
“Bagaimanapun, selepas tamat panggilan berkenaan, mangsa telah membuat semakan dan mendapati wang dalam dua akaunnya berjumlah RM209,996.25 telah hilang dan susulan itu beliau membuat laporan polis, semalam.
“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan Keseksaan kerana menipu,” katanya.
Berita lain
UMNO Hanya Akan Runding Selepas PRU-15
Semua Menteri UMNO Bertemu Muhyiddin
Perluaskan Bantuan Beras Ke Seluruh Negara