Anda di sini!
Utama > Luar Negara > Bekas Presiden Catalonia Ditahan

Bekas Presiden Catalonia Ditahan

Seramai 79 orang cedera, termasuk 13 polis apabila ribuan pemisah Catalan bertempur dengan pihak berkuasa di Catalonia semalam, susulan penahanan bekas presiden Carles Puigdemont di Jerman, lima bulan selepas beliau lari meninggalkan Sepanyol.

Polis anti rusuhan Catalan terpaksa menggunakan belantan dan perisai untuk menyuraikan orang ramai yang menghala ke pejabat wakil Kerajaan Sepanyol di Barcelona.

Pegawai polis juga terpaksa melepaskan tembakan amaran bagi mengawal penunjuk perasaan yang melempar botol kaca, tin minuman dan telur ke arah polis.

Sementara itu, tujuh lagi orang awam cedera ketika menyertai protes di Lleida, kira-kira 150 kilometer di barat Barcelona, manakala seorang tercedera di selatan Tarragona.

“Polis Jerman sebelum ini menahan Puigdemont ketika menyeberangi sempadan Denmark dengan kereta, susulan waran tangkap seluruh Eropah yang dikeluarkan oleh Sepanyol,” kata seorang jurucakap polis Jerman kepada AFP.

Penahanan itu dibuat lima bulan selepas Puigdemont melarikan diri daripada proses pendakwaan di Sepanyol selepas Parlimen wilayah itu mengisytiharkan pemisahan dan kemerdekaan pada 27 Oktober lalu. – AFP

Leave a Reply

Top