Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Bazar Makanan Malaysia Di Paris Dapat Sambutan

Bazar Makanan Malaysia Di Paris Dapat Sambutan

Pelbagai hidangan autentik masyarakat berbilang kaum di Malaysia seperti laksa Johor, martabak dan char kway teow merupakan antara sajian disediakan sempena Bazar Makanan Malaysia di Paris, pada 7 April lepas.

Lebih 900 tetamu termasuk duta-duta dari negara ASEAN dan perwakilan persatuan wanita Perancis dan antarabangsa menghadiri bazar yang diadakan di Rumah Malaysia.

Bazar tahunan itu dianjurkan oleh Persatuan Wanita-Wanita Malaysia (Perwakilan) dengan kerjasama Pejabat Kedutaan Malaysia di Paris.

Duta Malaysia ke Perancis, Datuk Ibrahim Abdullah berkata bazar makanan itu dapat meningkatkan penghargaan, penerimaan dan kesedaran mengenai makanan tradsional daripada rantau lain oleh masyarakat di Perancis.

“Makanan adalah jambatan bagi menghubungkan masyarakat, tempat dan pemahaman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Di samping makanan, bazar tersebut turut menjual kraftangan Malaysia untuk mengumpul dana dengan sebahagian hasilnya disalurkan untuk membantu rakyat Malaysia yang menghadapi kesulitan di negara itu.

Leave a Reply

Top