Anda di sini!
Utama > Hiburan > ‘Baru Petik Nama SPRM Dah Gelabah’ – Ahmad Idham

‘Baru Petik Nama SPRM Dah Gelabah’ – Ahmad Idham

KUALA LUMPUR, “Kenapa perlu mencabar, ini sajakah kualiti pemimpin dalam finas yang kita ada”.? Itu respon Sutradara Ahmad Idham ketika ditanya tentang kenyataan Pengerusi Skim Wajib Tayang Finas Zahrin Aris yang mencabar beliau membuat laporan SPRM hari ini.

“Sepatutnya beliau lebih bertanggung jawab terhadap setiap keputusan yang beliau buat dan berikan penjelasan terhadap setiap permasalahan yang timbul, ini baru petik nama SPRM dah gelabah” katanya.

Sebelum ini Ahmad Idham menggesa SPRM menyiasat Skim Wajib Tayang (SWT) yang diketuai oleh Zahrin Aris yang beliau dakwa bertindak tidak adil terhadap filem terbaru keluaranya Hantu Wangan.

Beliau mendakwa berlaku ketirisan apabila jawatankuasa itu hanya meluluskan 25 pawagam sahaja.

Padahal beliau meminta 40 tayangan untuk filem terbaharunya itu.

Beliau mendakwa beliau terpaksa menegur jawatankuasa ini atas bukan disebabkan mahu menjadi hero tetapi disebabkan beliau berasa ada kebenarannya.

“Yang salah tetap salah. Saya tegur bukan disebabkan ikut perasaan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan Zahrin menyahut cabaran Ahmad untuk membuat laporan ke SPRM jika penerbit itu tidak berpuas hati agihan tayangan untuk filemnya.

Zahrin mengingatkan Ahmad supaya ambil maklum tugas berat yang diamanahkan kepada beliau.

Jangan sewenang-wenangnya membuat tuduhan sekiranya tidak tahu cara tugasan dibuat oleh jawatankuasa.

“Sebelum membuat keputusan jumlah pawagam yang layak ditayangkan, jawatankuasa akan melakukan pratonton dan menilai daripada sudut teknikal dan penyampaian.

“Kita akan bermesyuarat sekali lagi dan melihat semula filem itu sebelum layak diberikan jumlah pawagam,” katanya.

Leave a Reply

Top