Anda di sini!
Utama > Sukan > Barca Harus Waspada Kebangkitan Roma

Barca Harus Waspada Kebangkitan Roma

Jurulatih Barcelona, Ernesto Valverde menjangkakan AS Roma akan bangkit dalam perlawanan kedua suku akhir Liga Juara-Juara di Stadio Olimpico, awal pagi nanti.

Pendahulu Liga Sepanyol itu sudah selangkah ke separuh akhir selepas menang besar 4-1, pada perlawanan pertama di Camp Nou minggu lalu ketika Roma terbukti merencana memusnahkan diri sendiri dengan dua gol sendiri.

Namun Valverde tidak memandang rendah skuad berkenaan yang tidak pernah mara ke separuh akhir sejak 1984.

“Saya sudah lama melakukannya dan sedar perkara menakjubkan boleh berlaku dalam perlawanan,” kata Valverde dalam sidang akhbar di Rome.

“Ia akan menjadi perlawanan yang sama tetapi akan lebih sengit.

“Sejarah sudah mengatakan, pada tahap kami, adalah sukar menjaringkan gol berdepan kami, tetapi kami tidak boleh memikirkan mereka tiada peluang atau mereka tidak akan mencuba.

“Kesilapan, terlebih yakin, mereka boleh mendatangkan bahaya dan kami sudah berada di pintu separuh akhir.”

Tambahnya: “Kami tidak boleh memikirkan kami sudah menang, semuanya akan ditentukan. Kami ada keputusan yang bagus di Camp Nou, kami ada kelebihan, tapi kami perlu bermain seperti ia masih 0-0.” – AFP

Leave a Reply

Top