Anak saya di aniaya dan dinafikan hak sebagai pemain pelapis badminton negara oleh BAM !

(Mohd Ikram Dato Azman)

Demikian tegas Dato Azman Bin Abdullah bapa kepada Mohd Ikram seorang pelatih Skuad Badminton Negara di Sekolah Sukan Bukit Jalil, yang dikatakan di anak tirikan oleh pengurusan tertinggi BAM dan barisan kejurulatihan BAM.

Ketika ditemubual oleh wartawan MH Online, Dato Azman menjelaskan anaknya seorang pemain yang berbakat dan komited dengan sukan badminton, telah memasuki Sekolah Sukan Bukit Jalil selama dua tahun selepas mewakili negeri Selangor di peringkat sekolah-sekolah seluruh negara,  dia bersama lapan orang lagi terpilih untuk memasuki Sekolah Sukan Bukit Jalil pada 2013 dan Mohd Ikram adalah satu-satunya pelajar berbangsa melayu yang terpilih ketika itu.

“Kebiasaanya pelajar yang terpilih memasuki Sekolah Sukan Bukit Jalil, jika tahap permainannya rendah maka pelajar itu akan disingkir, jadi dari lapan orang yang terpilih empat orang telah disingkirkan dan empat yang berjaya termasuk anak saya”.katanya

“Anak saya mula bermain badminton sejak berumur 6 tahun dan sangat berminat dengan sukan ini, dia telah berusaha dengan disiplin yang tinggi dan usaha kerasnya dia berjaya menyaingi pelajar-pelajar yang masuk lebih awal ke SSBJ”.

“Anak saya berlatih dibawah kelolaan jurulatih dari china bernama Zhao Kan Jie, jurulatih ini sering memuji corak permainan dan bakat yang ada pada Mohd Ikram, sehinggalah Mac 2015 ketika Morten Fros mengambil alih tugas selaku ketua jurulatih BAM dan memaksa Zhao membuat laporan prestasi yang palsu bagi tujuan menyingkirkan Mohd Ikram dari menjadi pelatih pelapis di bawah kelolaan BAM atas alasan Mohd Ikram mengalami kecederaan”tambahnya lagi.

“Zhao telah memaklumkan kepada saya apa yang berlaku dan saya sebagai bapa telah membawa Mohd Ikram berjumpa Menteri Belia Dan Sukan, YB Khairy Jamaludin untuk memaklumkan kepada menteri apa yang telah diberitahu kepada saya oleh Zhao, namun menteri seolah-olah tidak mengambil peduli tentang apa yang berlaku mungkin kerana Timbalan Pengerusi BAM Norza Zakaria adalah kawan baiknya sejak dalam pemuda UMNO dahulu”.

“Kebiasaanya selepas menamatkan latihan di SSBJ sehingga tingkatan 5, seseorang pelatih akan diserapkan terus ke program pelapis dibawah BAM namun ianya tidak berlaku kepada Mohd Ikram atas sebab politik dalaman yang berlegar dalam BAM dan “favouritetism” hanya yang disukai oleh jurulatih dan pimpinan BAM sahaja yang akan dipilih untuk menjadi pemain pelapis BAM” tegasnya lagi.

Mohd Ikram yang baru berusia 18 tahun dan sekarang melanjutkan pelajaranya diperingkat A-Level dalam bidang undang-undang di sebuah Kolej Swasta, amat kecewa dengan apa yang berlaku keatas dirinya dan sudah tidak lagi berminat untuk menjadi seorang pemain badminton mewakili negara.

Negara sudah kerugian sebutir permata yang berharga hanya kerana permainan politik sekumpulan politikus yang memimpin persatuan sukan, ianya merugikan sukan itu sendiri apabila para pemain dipilih bukan berdasarkan bakat tetapi emosi.

 

 

 

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *