Katanya, pembiayaan vendor berkenaan terbuka kepada semua perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan yang mendapat kontrak dengan Petronas dan menepati penilaian kredit oleh Bank Rakyat.

“Program Pembiayaan Vendor ini bertujuan memberi manfaat kepada PKS khususnya dalam sektor perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) tempatan bagi meningkatkan akses kepada pembiayaan dan kecairan penggiat sektor itu.

“Ia juga untuk membantu vendor dari segi modal kerja dan meningkatkan aliran tunai bagi menyiapkan kontrak yang diberikan oleh Petronas,” katanya pada majlis menandatangani MoU di antara Bank Rakyat dan Petronas di sini hari ini.