Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Bajet Terengganu 2019 Seimbang

Bajet Terengganu 2019 Seimbang

KUALA TERENGGANU, Bekas menteri besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman mengakui Bajet Terengganu 2019 bertemakan ‘Negeri Berkat, Rakyat Sejahtera’ adalah seimbang dan menyeluruh.

Menurutnya, walaupun terdapat beberapa perkara yang perlu diteliti dan diperbaiki,  bajet itu dilihat bakal memberi inisiatif dan menunjukkan komitmen kerajaan dalam memajukan Terengganu dan menjaga kebajikan rakyat negeri ini.

“Banyak kesinambungan dijalankan kerajaan terdahulu (BN) yang memberi manfaat kepada rakyat.

“Kita harap, negeri di bawah pentadbiran Pas berbeza dengan kerajaan Pusat kerana berdasarkan pembentangan Bajet 2019 ia menunjukkan komitmen dan kesungguhan Menteri Besar dalam memastikan manifesto dipenuhi,” katanya ketika membahaskan Bajet Terengganu 2019 pada Sidang Dun, kelmarin.

Dalam pada itu, Ahmad Razif yang juga Adun Seberang Takir menyuarakan rasa gembira kerana kerajaan Pas turut menyebut mengenai perkembangan positif pertumbuhan ekonomi Terengganu sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Menerusi ucapan Bajet 2019, Menteri Besar (Dr Ahmad Samsuri Mokhtar) ada menyebut mengenai pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Terengganu sebanyak 5.9 peratus pada tahun lalu yang menyamai KDNK nasional,” ujar beliau pada perbahasan itu.

Leave a Reply

Top