Anda di sini!
Utama > Hiburan > ‘I Am Back’ Sahara Yaacob di Wow KL

‘I Am Back’ Sahara Yaacob di Wow KL

Penyanyi Sahara Yaacob bakal mengadakan persembahan ‘I Am Back’ sempena Minggu Setiausaha Antarabangsa bulan depan.

Persembahan penyanyi itu, yang pernah digelar sebagai Tina Turner Malaysia, dijangka menampilkan 11 lagu termasuk ‘Simply the Best’ nyanyian asal penyanyi Amerika Syarikat itu pada 3 dan 5 April di Wow KL! di sini.

Sahara atau nama sebenarnya Zaharah Mohd Yaacob, yang menyepikan diri sejak 20 tahun lepas, berkata tiket sudah mula dijual pada harga antara RM150, RM200 dan RM300.

“Peminat saya yang nak datang, boleh beli tiket secara terus atau menghubungi Nani di 016-3944118,” dipetik sebagai berkata.

Dalam pada itu, Sahara yang pernah popular sekitar 1980-an berkata beliau bakal merakamkan single terbaharunya bertajuk ‘Spirit Within’ tahun ini.

Katanya lagu ciptaannya itu berunsurkan ketuhanan.

Leave a Reply

Top