Ahli Parlimen Kapar, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebaliknya ‘orang luar’ bukan sebahagian daripada pihak terlibat dalam perjanjian membabitkan dua pemimpin Pakatan Harapan (PH) itu.

Malah katanya, pihak lain tidak seharusnya campur tangan dalam isu peralihan itu .

“Jadi mereka perlu diam dan Mohamed Azmin perlu fokus kepada tugas untuk meningkatkan ekonomi negara.

“Jangan sibuk dengan pertukaran kuasa atau masalah orang lain,” dipetik sebagai berkata.

Mohamed Azmin Ali yang juga Menteri Hal Ehwal ekonomi mengalu-alukan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menegaskan pendirian Pas dan UMNO untuk memberikan dukungan penuh kepada Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri sehingga akhir penggal.

Katanya, pendirian tersebut adalah seiring pandangan yang pernah dilontarkannya supaya usaha mengembalikan kegemilangan negara dapat direalisasikan dengan segera.