Katanya, jika kerajaan PH mahu menerima pakai agenda perkauman bagi memenangi pilihan raya, ia sesuatu yang merisaukan dan melanggar komitmen PH untuk berubah sepertimana dilaung-laungkan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14)

“Adakah Mohamed Azmin mengambil mudah 95 peratus sokongan daripada masyarakat Cina? Beliau tidak seharusnya lupa bahawa dirinya turut menang dalam PRU-14 dengan sokongan orang bukan Melayu.

“Malaysia baharu adalah harapan palsu. Ia menunjukkan pemimpin PH mempunyai mentaliti yang sama, tiada kesungguhan politik untuk berubah dan kembali ke belakang semata-mata mahu mengekalkan kuasa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Susulan kekalahan PH dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih pada Sabtu lalu, Mohamed Azmin menggesa kerajaan pusat tidak lagi apologetik atau berasa menyesal dalam melaksanakan janji yang melibatkan agenda Melayu dan bumiputera.

Hoe Chai berkata, pemimpin PH tidak sepatutnya membuat kenyataan dengan nada perkauman dan mendesak DAP yang merupakan antara komponen berpengaruh dalam PH untuk bangun dan menentang segala dasar atau agenda berbentuk perkauman.

“DAP dikatakan bergelut memperjuangkan konsep Malaysian Malaysia, tetapi tidak berani untuk bercakap apabila berdepan dasar yang tidak adil.

“Bagaimana mereka mahu masyarakat Cina memberi sokongan. 42 Ahli Parlimen DAP perlu bersuara untuk semua rakyat Malaysia.

“Adakah ia merupakan agenda Mohamed Azmin atau persetujuan seluruh pimpinan PH. Mereka harus menjelaskan sama ada PH berjuang untuk semua rakyat Malaysia atau mengutamakan bumiputera,” katanya.