SHAH ALAM, Istana Selangor tidak menerima permohonan menghadap daripada Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berhubung status kedudukan barisan Exco Kerajaan Negeri itu.

Perkembangan itu dimaklumkan oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Munir Bani, ketika dihubungi, petang ini.

“Tiada apa-apa permohonan menghadap daripada Menteri Besar Selangor. Difahamkan beliau (Mohamed Azmin) berada di luar negara,” katanya.

Semalam, PKR mengarahkan semua lantikan politik dari parti itu di bawah pentadbiran Kerajaan Kelantan melepaskan jawatan masing-masing dengan serta-merta.

Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, perkara itu sudah disampaikan kepada Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Kelantan.

Beliau berkata demikian selepas mesyuarat Biro Politik PKR di ibu pejabat parti itu, malam kelmarin.

Mesyuarat itu turut membincangkan kedudukan wakil PAS di dalam kerajaan Selangor namun ia akan diputuskan sebaik Mohamed Azmin pulang daripada lawatan rasminya ke luar negara.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *