Pengasas Kumpulan Ambank dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan AmCorp, Tan Sri Azman Hashim bakal menerima Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan daripada Universiti Sains Malaysia (USM) sempena Konvokesyen Ke-53 USM Sabtu ini.

Naib Canselor USM, Prof Datuk Dr Omar Osman berkata penganugerahan sebagai mengiktiraf sumbangan Azman, 76, kepada negara dan sikap dermawan beliau yang membantu USM selama ini.

“Baru-baru ini Yayasan Azman Hashim telah menyumbang dana pembinaan USM-Azman Hashim Sports Arena dan sumbangan lain untuk pembangunan universiti ini,” katanya kepada pemberita mengenai konvokesyen USM.

Beliau berkata pada konvokesyen kali ini, seramai 1,160 graduan akan menerima ijazah pada majlis selama dua hari di Dewan Tuanku Syed Putra.

Mereka terdiri daripada 260 graduan Ijazah Kehormat, Ijazah Doktor Falsafah, Doktor Kesihatan Awam, Doktor Pendidikan, Doktor Pentadbiran Perniagaan serta 150 graduan Sarjana yang akan menerima ijazah daripada Canselor USM, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail pada sidang pertama pada Sabtu.

“Pada sidang kedua pada Ahad yang akan dipengerusikan Pro Canselor, Tan Sri Datuk Mustafa Mansur akan menyampaikan ijazah kepada 342 orang graduan Sarjana dan 408 graduan Ijazah Sarjana Muda,” kata Omar

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *