Atlet basikal Paralimpik Iran, Bahman Golbarnezhad maut selepas terlibat dalam kemalangan ketika  perlumbaan C4/C5.

Golbarnezhad dari Shiraz dilaporkan telah menerima rawatan di lokasi kemalangan akibat mengalami kecederaan sebelum di bawa ke hospital tempatan.

Bagaimanapun tidak lama selepas itu, pihak pengurusan Paralimpik Iran mengumumkan bahawa atlet itu telah meninggal dunia.

Perlumbaan yang disertai Golbarnezhad bermula di Pontal dan melalui pergunungan Grumari yang menjadi laluan mencabar atlet basikal Paralimpik Rio.

Mangsa berada di kedudukan ke-14 ketika sesi ujian masa sebelum perlubaan sebenar bermula.

Golbarnezhad yang merupakan atlet tunggal Iran bagi acara basikal dan pernah mewakili negara berkenaan dalam Paralimpik London 2012.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *