Anda di sini!
Utama > Luar Negara > AS Bimbang Situasi Di Hong Kong

AS Bimbang Situasi Di Hong Kong

Amerika Syarikat (AS) menzahirkan kebimbangan serius berhubung situasi keganasan di Hong Kong dan menyeru perdamaian antara pihak berkuasa dan penunjuk perasaan prodemokrasi.

“Kami mengecam keganasan daripada kedua-dua belah pihak, melahirkan simpati terhadap mangsa keganasan tanpa mengira pendirian politik dan menyeru pihak polis dan penunjuk perasaan untuk berdamai,” kata jurucakap Jabatan Negara, Morgan Ortagus dalam satu kenyataan.

Hong Kong berdepan protes ganas yang berlanjutan selama 24 minggu bertujuan menuntut kebebasan demokratik dari China yang memerintah bandar raya itu di bawah model ‘satu negara, dua sistem’ sejak penyerahan dari Britain pada 1997.

Penunjuk perasaan prodemokrasi tekad menghentikan apa yang disifatkan kawalan ketat Beijing terhadap Hong Kong.

Keganasan terbaharu menyaksikan seorang penunjuk perasaan cedera ditembak anggota polis dan seorang lelaki dibakar penyerang bertopeng ketika satu pertengkaran semalam. – AFP

Leave a Reply

Top