MH Online

Laman Suara Rakyat

Arsenal Mahu Everton

Arsenal Mahu Everton

Unai Emery meningkatkan usaha mencari pemain di bahagian atas musim panas ini dengan Arsenal dikatakan ‘sedang mengadakan perbincangan’ dengan Everton Soares mengenai kemungkinan perpindahan.

Kelibat sayap Gremio itu semakin meningkat musim panas ini selepas pemain Brazil itu menamatkan saingan selaku penjaring terbanyak Copa America.

Dan menurut Globo Esporte di Brazil, pengarah baharu Arsenal, Edu sudah mengadakan perbincangan dengan ejen Everton, Gilmar Veloz untuk bertanya sama ada perpindahan ke Emirates boleh dilakukan musim panas ini.

lebih menarik, Edu menyertai Arsenal apabila meninggalkan jawatan sebagai koordinator pasukan kebangsaan Brazil.

Dipercayai minat sama turut ditunjukkan dari Itali dan Sepanyol buat pemain sayap Brazil itu namun Arsenal berminat mendapatkan pemain itu musim panas ini yang seterusnya memberi kelebihan buat mereka.

Perjanjian sedia ada buat pemain berusia 23 tahun itu di Gremio akan tamat pada Disember 2022 termasuk £90 juta pound (RM464 juta) klausa pelepasan.

Namun dipercayai dia boleh ditandatangani dengan yuran sekitar £45 juta pound (RM232 juta), memberikan Arsenal harapan berikutan kekangan kewangan mereka. – Agensi