Ketua jurulatih Argentina, Gerardo Martino menyenaraikan sebahagian daripada skuadnya yang akan berentap pada Sukan Olimpik 2016.

Namun pemain bintang, Lionel Messi tidak termasuk dalam senarai tersebut.

Ketiadaan Messi adalah disebabkan penampilannya di pentas Copa America Centenario yang sedang berlangsung di Amerika Syarikat pada ketika ini.

Senarai penuh 22 pemain yang akan dibawa ke Rio hanya akan didedahkan dalam tempoh beberapa hari lagi.

 Bagaimanapun ia dijangka sebelum aksi final Copa yang menemukan Argentina menentang penyandang juara, Chile.

Begitupun, ketiadaan Messi sudah dijangka lebih awal.

Bintang Barcelona itu sudah memenangi pingat emas di temasya Olimpik di Beijing, China pada 2008 tetapi Martino sudah pun memutuskan sebelum ini dia tidak akan beraksi dalam dua kejohanan sama ada di Copa atau Olimpik pada Ogos depan.

Sembilan pemain sudah dinamakan dalam skuad itu lebih awal pada Jumaat.

Antara yang akan memperkuat Argentina ialah Giovani Lo Celso (Rosario Central), Geronimo Rulli (Real Sociedad), Angel Correa (Atletico Madrid), Emmanuel Mammana (River Plate), Jonathan Silva (Boca Juniors), José Luis Gomez (Lanus), Mauricio Martinez (Union), Leandro Paredes (Empoli) dan Cristian Espinoza (Huracan).

Argentina adalah pemenang pingat emas pada Sukan Olimpik 2004 dan 2008 serta diletakkan sebagai pasukan pilihan utama di Rio.

Pasukan itu diletakkan dalam Kumpulan D bersama Portugal, Algeria dan Honduras pada temasya tersebut.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *