Anda di sini!
Utama > Sukan > Argentina Senaraikan Aguero

Argentina Senaraikan Aguero

Sergio Aguero disenaraikan dalam skuad Argentina bagi perlawanan persahabatan menentang Itali dan Sepanyol sekalipun penyerang Manchester City itu mengalami kecederaan ketika ini.

Aguero mendedahkan hujung minggu lalu dia mungkin diketepikan selama dua minggu kerana kecederaan lutut, bermakna dia tidak akan bermain buat City hinggalah selepas rehat perlawanan antarabangsa.

Ia juga bermakna penampilannya diragui bagi perlawanan menentang Itali pada 23 Mac dan Sepanyol empat hari kemudian.

Lionel Messi, yang terlepas aksi bersama Barcelona hujung minggu lalu untuk menyambut kelahiran anak lelakinya, turut berada dalam skuad.

Sementara itu, penyerang muda Racing Club, Lautaro Martinez dipanggil jurulatih Jorge Sampaoli buat kali pertama, semalam.

Martinez, 20, meledak 12 gol dalam 14 penampilan buat Racing tahun ini dan disenaraikan dalam skuad itu sebagai seorang daripada lima pemain yang beraksi di liga Argentina.

Pemain sayap Boca Juniors, Cristian Pavon turut disertakan begitu juga rakan sepasukannya berusia 32 tahun, pemain tengah yang tidak pernah beraksi Pablo Perez ketika Sampaoli sedia memutuskan siapa yang akan dipilihnya bagi Piala Dunia di Russia tahun ini.

Dua lagi pemain yang tidak pernah beraksi, pertahanan kanan berusia 21 tahun, Fabricio Bustos dan pemain tengah Maximiliano Meza, kedua-duanya dari Independiente, turut dinamakan dalam skuad yang berdepan Itali di Stadium Etihad di Manchester pada 23 Mac ini dan kemudian menentang Sepanyol di Wanda Metropolitano di Madrid empat hari kemudian.

Sampaoli sebelum ini mengumumkan 22 pemain yang berpangkalan di luar negara, sekalipun Aguero menarik diri Ahad lalu kerana kecederaan lutut.

Naib juara di Brazil empat tahun lalu, Argentina memulakan kempen Piala Dunia menentang Iceland pada 16 Jun sebelum bertemu Croatia dan Nigeria.

Skuad

Penjaga gol: Sergio Romero (Manchester United/ENG), Nahuel Guzman (Tigres/MEX), Willy Caballero (Chelsea/ENG)

Pertahanan: Federico Fazio (AS Roma/ITA), Ramiro Funes Mori (Everton/ENG), Marcos Rojo (Manchester United/ENG), Nicolas Taglafico (Ajax/NED), Gabriel Mercado (Sevilla/ESP), Nicolas Otamendi (Manchester City/ENG), Marcos Acuna (Sporting Lisbon/POR), Fabricio Bustos (Independiente)

Tengah: Eduardo Salvio (Benfica/POR), Ever Banega (Sevilla/ESP), Leandro Paredes (Zenit St Petersburg/RUS), Manuel Lanzini (West Ham/ENG), Javier Mascherano (Hebei Fortune/CHN), Giovani Lo Celso (Paris SG/FRA), Lucas Biglia (AC Milan/ITA), Angel Di Maria (Paris SG/FRA), Pablo Perez (Boca Juniors), Maximiliano Meza (Independiente)

Penyerang: Sergio Aguero (Manchester City/ENG), Lionel Messi (Barcelona/ESP), Gonzalo Higuain (Juventus/ITA), Diego Perotti (AS Roma/ITA), Cristian Pavon (Boca Juniors), Lautaro Martinez (Racing Club). – AFP/Reuters

Leave a Reply

Top