MH Online

Laman Suara Rakyat

APMM Bantu Kelasi Patah Kaki

PELABUHAN KLANG, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor melakukan misi kemanusiaan membawa kelasi yang patah kaki di Pintu Gedung dekat sini, semalam untuk mendapatkan rawatan.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.40 petang, kru kapal kargo Cosco Fukuyama warga China, Lu Xian, 28, patah kaki kiri ketika melakukan kerja-kerja di dek kapal berkenaan.

Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Abu Zaki Mohammad, berkata, pihaknya menerima aduan berkenaan kejadian sebelum menggerakkan aset kapal peronda ke lokasi kejadian.

“Namun, keadaan laut yang bergelora menyukarkan Kapal Maritim Danga merapati kapal kargo berkenaan.

“Mangsa dipindahkan ke atas bot RHIB milik kapal Maritim Malaysia dan diangkat ke atas kapal sebelum dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin, Pulau Indah,” katanya.

Beliau berkata, mangsa kemudian dibawa ke Pusat Perubatan Sri Kota, Klang untuk menerima rawatan lanjut pada jam 10.10 malam tadi.